ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton X50 dan X70 CKD teruskan ujian bersama

Foto Intipan

Views

Tersebutlah kisah di zaman milenia, dua bakal SUV buatan Tanjung Malim kini sedang diuji di jalan raya. Kelibat mereka kerap dilihat oleh warganet dan pelbagai ‘hikayat’ mengenai mereka turut ‘dicanang’ pakar-pakar kereta di laman sosial.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Petang semalam pasangan ‘bersaudara’ ini sekali lagi kelihatan bersama di sebuah stesen minyak Petronas, Manjung dan mereka berjaya dikesan oleh rakan kami, Ahmad Amin. Susuk tubuh X50 masih lagi berselindung di sebalik celoreng manakala dua unit X70 (mungkin versi CKD) yang menemaninya pula hanya ditutup logo di bahagian depan.

Dari sudut ini, kita boleh melihat saiz unit ujian X50 yang seakan hampir sama besar dengan X70, mungkin kerana illusi optik. Namun pada hakikatnya mereka berbeza dari segi segmen dan saiz X50 dikatakan hampir sama dengan Honda HR-V jika dilihat depan mata.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Jika dibuat perbandingan dimensi, ini adalah perbezaan antara Proton X50, Proton X70 dan Honda HR-V:

  • Proton X50 (segmen B) – 4,330 mm (panjang), 1,800 mm (lebar), 1,609 mm (tinggi) dan 2,600 mm (jarak gandar).
  • Proton X70 (segmen C) – 4,519 mm (panjang), 1,831 mm (lebar), 1,694 mm (tinggi) dan 2,670 mm (jarak gandar).
  • Honda HR-V (segmen B) – 4,334 mm (panjang), 1,772 mm (lebar), 1,605 mm (tinggi) dan 2,610 mm (jarak gandar).

Kami menjangkakan ketika ini fasa pra pengeluaran model X70 versi CKD sudah pun bermula. Unit-unit ini nanti akan dijadikan unit pameran dan pandu uji di cawangan pengedar Proton semasa pelancarannya yang dijangka pada bulan November.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply