ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X70 CKD varian 2WD dan 4WD diuji bersama

Foto Intipan

Views

Kami yakin ramai yang sedang bercuti pada ketika ini, namun dalam keseronokkan bercuti para jurutera Proton masih lagi giat menguji model pemasangan tempatan (CKD) X70. Petang Jumaat minggu lalu, rakan penulis Afdnan Taf telah berjaya mengesan kelibat dua unit ujian X70 CKD yang sedang dalam perjalanan menuju ke Genting Highlands.

JOM BACA >> MESTI BACA: 10 model yang paling dinantikan tahun 2020

Menurutnya, unit ujian yang masih menggunakan sedikit celoreng penyamaran pada bahagian tertentu ini terdiri daripada varian 2WD dan 4WD, merujuk kepada perbezaan emblem pada bahagian belakang. Ini bermakna, model X70 CKD nanti bakal ditawarkan dalam pilihan varian 2WD dan 4WD.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Proton dijangka melancarkan X70 CKD pada awal tahun hadapan dan kilang pengeluaran model ini di Tanjung Malim sudah pun memulakan operasi secara rasmi. Ketika ini Proton masih perlu menghabiskan baki stok versi CB terlebih dahulu sebelum memperkenalkan versi CKD tidak lama lagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply