ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton X90 (VX11) pakai celoreng baharu, X50 tengah uji apa tu?

Foto Intip

Views

Setelah agak lama tidak ditemui, semalam kelibat dua unit ujian Proton, salah satunya adalah bakal X90 (namakod VX11) dan sebuah X50 dengan plat perdagangan telah dikesan di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh.

Foto tersebut telah dimuatnaik ke laman rakan sekutu kami, The Ajerul sejak semalam. Sebenarnya yang ‘menimbulkan tanda tanya’ di kalangan warganet adalah X50 dengan plat perdagangan itu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ada dua kemungkinan di sini, sama ada ia sebagai model pengiring untuk ujian penanda aras atau ia sedang menguji sesuatu, mungkin trenkuasa baharu sebagai contoh plug-in hibrid (PHEV).

Geely 1.5T ePro telah pun diperkenalkan di China tahun lalu dan ia dikuasakan oleh enjin 1.5L turbo 3-silinder (177 PS dan 255 Nm daya kilas) bersama motor elektrik yang menghasilkan output tambahan sebanyak 81 PS dan 160 Nm daya kilas.

Gandingan enjin dan motor elektrik ini disambungkan pula dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam. Secara keseluruhan, trenkuasa ini mampu menghasilkan output sebanyak 258 PS dan 415 Nm daya kilas.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Versi baharu ini mempunyai jarak tempuh 85km berbanding 62km pada versi sebelumnya menerusi penggunaan kuasa elektrik sepenuhnya.

Ia turut dilengkapi dengan pengecas berkuasa 6.6 kW dan hanya menggunakan 1.2 liter bahan bakar bagi setiap 100km. Setakat ini kami belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai versi X50 PHEV, walaupun ia ada dalam perancangan terdahulu Proton.

Cuma, tidak dapat dipastikan bilakah ia akan ke fasa pengeluaran massa. Kami akan cuba menggerakkan ejen perisik Mat Bond untuk menjalankan siasatan dalam masa terdekat. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit The Ajerul

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply