ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Views

Wah, wah, wah… nampaknya semakin kerap kita mendapat foto intipan Lynk & Co kan? Kali ini kami menerima beberapa foto unit ujian Lynk & Co yang terdiri dari model 01 dan 02 yang telah berjaya ditemui oleh rakan pembaca yang ingin dirahsiakan identitinya menerusi Facebook sebentar tadi. Katanya ada enam unit keseluruhan termasuklah sebuah sedan yang kami rasa model 03, namun agak malang foto model tersebut tidak sempat dirakam.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Sekali dia jalan berjemaah adik-beradik dah, singgah makan ikan patin tempoyak ke tu? Apakah petanda semua ini? Menurut penghantar foto ini lagi, dia sempat bersembang seketika dengan salah seorang jurutera penguji yang dikatakan dari syarikat Geely. Model-model tersebut sedang dalam ujian dan dikhabarkan bakal memasuki pasaran Malaysia berkemungkinan pada penghujung tahun ini.

Tambahnya lagi model-model ini bakal dikuasakan oleh enjin 1.5 liter TGDI dan juga hibrid. Nampak gayanya spekulasi awal kami yang model ini sedang menguji sesuatu bagi pihak Proton ternyata meleset dan ia sekaligus mengesahkan jenama Lynk & Co versi pemanduan sebelah kanan bakal tiba di Malaysia pada tahun ini. Pantas sungguh Geely buat kerja, kilang siap je menderu geng-geng dia datang masuk sini. Nantikan!

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply