ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : Ruang dalaman Proton X50 versi Sport pula berjaya diintai!

Foto Intip

Views

Sekali lagi, ruang dalaman Proton X50 berjaya diintai oleh ‘paparazzi‘ dan kali ini kita dapat melihat versi Sport pula. Foto panas tersebut baharu sahaja dimuat naik oleh laman Facebook rakan sekutu kami The Ajerul sebentar tadi.

Jika dalam artikel terdahulu, papan pemuka X50 versi Executive dapat dilihat secara samar-samar dan ia menampilkan gabungan kemasan dwitona hitam dan juga krom kusam. Foto papan pemuka X50 versi Sport ini sangat jelas dan kita dapat melihat permainan tiga tona warna, kombinasi merah, krom kusam dan juga hitam.

JOM BACA >> Perodua Ruza – Cucu ‘Rusa’ dijelmakan dalam bentuk digital

Secara kasarnya, tiada perubahan ketara dilakukan oleh Proton pada bahagian dalam kedua-dua varian model ini, yang berubah hanyalah logo bulat ‘kepala harimau’ di bahagian stereng. Bentuk sterengnya juga agak menarik dan sporty kerana ia menggunakan jenis yang rata di bahagian bawah.

Kemasan pada panel pintu juga mengikut tema warna yang sama dengan papan pemukanya dan tidak dipastikan sama ada panel meter varian ini menggunakan jenis digital sepenuhnya atau sama seperti varian Executive dari jenis analog.

JOM BACA >> Kalau inilah rekaan Myvi generasi ke-4, ada yang sanggup ‘pecah tabung’ tak?

Kelihatan juga perehat lengan di antara dua kerusi hadapan dengan kemasan kulit berwarna merah. Walaupun tempat duduknya masih dibalut, namun kita dapat melihat kombinasi warna hitam dan merah pada bahagian tersebut.

Model yang ditunggu-tunggu oleh peminat SUV kompak di Malaysia bakal dilancarkan tahun ini. Ujian percubaan pemasangannya sudah pun bermula dengan skala yang kecil dan dijangka pengeluaran massa akan bermula selewat-lewatnya bulan Oktober nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Myvi versi heijiworks7 ini memang padu!
JOM BACA >> Mungkinkah model ini bakal jadi trak pikap Proton? Lebih baik jangan sebab hodoh sangat!
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!
JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?
JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply