Dalam banyak-banyak foto intipan Proton X50 yang kami ada, foto ini yang jelas menunjukkan apa yang sedang diuji pada model tersebut. Sudah terang lagi bersuluh, ternyata unit ujian berceloreng kali ini sedang diuji oleh unit Ride and Handling (R&H) dan pelekat yang tertera perkataan tersebut jelas terpampang pada sisi badannya.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
Maka tidak syak lagi model ini menjadi model kedua hasil usaha sama dengan Geely yang menerima sentuhan kepakaran talaan pemanduan dan pengendalian dari anak tempatan selepas versi CKD X70. Foto ini berjaya dirakam oleh Alvin Lim di susur keluar Putra Height, Lebuhraya Utara Selatan, semalam.
Unit ujian yang ditemui ini pula menggunakan nombor plat perdangangan yang sama (B4156A) dengan unit yang ditemui oleh rakan kami dari Ilham Ismail di sekitar Damansara Damai hari kelmarin. Versi yang diuji ini juga menggunakan spoiler belakang pada versi Geely Bin Yue (SX11) Sport.
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
Apabila melihat kekerapan unit ujian Proton X50 turun di jalan raya pada ketika ini, terdetik di hati kami adakah Proton ingin mempercepatkan pelancarannya? Mungkin juga ya dan mungkin juga ia masih mengikut jangkaan awal sekitar bulan Ogos 2020. Tetapi, jika melihat kepada situasi mutakhir ini, ada kemungkinan Proton mahu ia berada di jalan raya lebih awal dari jangkaan.
Biarlah masa yang menentukan, kita tunggu dan lihat. Apa yang pasti pemanduan dan pengendalian X50 akan lebih mantap berbanding model asalnya, Geely Bin Yue (SX11) yang pernah terbalik semasa petunjukan dalam satu acara tertutup di China. Besar kemungkinan kami rasa talaan dari pakar (R&H) Proton ini akan diguna pakai oleh Geely juga nanti.
Kami akan cuba memujuk Mat Bond untuk meneruskan kerja-kerja risikan dalam masa terdekat. Tunggu!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
KOMEN TERKINI