ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Supermoped Modenas kembali menyambung ujian!

Foto Intip

Views

Setelah sekian lama tidak kelihatan, akhirnya kelibat supermoped Modenas kembali turun ke jalan raya. Foto ini telah berjaya dirakam oleh Dzex Dzulhelmy pada 31 Disember 2020 di sekitar Changlun, Kedah. Jika diperhatikan, nampak ada sedikit perubahan pada unit prototaip tersebut.

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

Ada kemungkinan ia sedang menguji enjin baharu kerana menurut sumber rakan kami  di Pandulaju.com.my, pihak Modenas sebenarnya sedang membangunkan semula enjin supermoped itu. Kali pertama kami memperolehi foto intip model yang dikatakan menggunakan enjin 150 cc ini kira-kira 3 tahun lalu dan kisahnya mula sepi setelah projek tersebut dihentikan.

JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?

Namun harapan baharu muncul setelah Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) memiliki 30 peratus saham pengeluar motosikal nasional itu setelah DRB-HICOM Bhd telah menjual 11 peratus kepentingan mereka dengan nilai RM40.3 juta pada 2019.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata, projek supermoped masih lagi diteruskan, cuma pengeluar motosikal nasional itu sedang melakukan penambahbaikan dan mereka bentuk semula model berkenaan supaya sesuai dengan trend semasa.

Kita nantikan perkembangan supermoped Modenas ini dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply