ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Toyota bawa masuk Bezza untuk pasaran Pakistan

Views

Dalam diam-diam Perodua mengeksport sedan pertamanya, Bezza ke pasaran Pakistan. Laman blog Pakwheels.com baru-baru ini telah memuatnaik beberapa foto unit ujian Perodua Bezza yang bakal dijual di negara tersebut menggunakan lencana Toyota. Ia akan diimport sepenuhnya dari Malaysia oleh pengedar rasminya di Pakistan, Toyota Indus Motors Company (Toyota IMC).

Dua keping foto intipan model sedan ini sedang melakukan ujian jalan raya di sekitar Karachi dan dikatakan Toyota IMC akan melancarkannya dalam masa terdekat. Syarikat tersebut juga telah memperkenalkan Toyota Rush 2018 dan khabar angin bertiup kencang mengatakan ia bakal menghentikan jualan Corolla XLi dan GLi (Vios) bagi memberi laluan kepada Toyota Bezza.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Setakat ini Perodua Bezza telah dipasarkan ke beberapa buah negara teramsuklah Malaysia, Singapore, Sri Lanka, Brunei, dan Mauritius. Perodua Bezza telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2016 merupakan sedan pertama keluaran pengeluar automotif kedua nasional. Ia ditawarkan dengan dua pilihan enjin 1KR-VE and 1NR-VE yang digandingkan bersama pilihan transmisi 5 kelajuan manual atau 4 kelajuan automatik.

Untuk pasaran Pakistan, Toyota Bezza mungkin didatangkan dengan pilihan enjin 1.0 liter dari unit 1KR-VE yang mampu menghasilkan 67 kuasa kuda dan 91 Nm tork berdasarkan pada maklumat pendaftaran kenderaan yang telah dikeluarkan untuk unit ujian model tersebut. Adakah Toyota Bezza akan mendapat sambutan hangat di Pakistan nanti? Kita tunggu dan lihat!

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply