ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Treler angkut Ativa hibrid (D47B) dikesan, nak ke mana agaknya ye?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah treler pengangkut yang membawa beberapa unit siap bina (CBU) Ativa hibrid (D47B) dari Jepun telah dikesan sekitar Lebuh Raya NKVE menghala ke Subang dari Klang.

Namun, tidak dipastkan ke mana destinasi sebenarnya. Beberapa foto sempat dirakam oleh warganet bernama Shavinish Nash dan ia telah dikongsikan ke laman group Ativa Club Malaysia sejak semalam.

Ini merupakan sebahagian daripada 300 unit Ativa hibrid (D47B) yang dibawa masuk ke Malaysia dan bakal dilancarkan pada bulan September nanti.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dalam artikel terdahulu, kami pernah memaparkan deretan ‘klon’ kepada Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid baharu sahaja tiba dari Jepun di sebuah pelabuhan.

Kami difahamkan, Ativa hibrid (D47B) hanya boleh dilanggan secara konsep sewaan atau pajakan selama tiga tahun untuk Perodua menjalankan kajian pasaran.

Model hibrid sulung Perodua ini nanti akan dijana oleh trenkuasa e:Smart, yang mengabungkan enjin 1.2 liter tiga-silinder (kod WA-VEX) yang disambungkan kepada motor elektrik.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Ia merupakan enjin yang sama dengan Rocky di Indonesia dan mampu menjana 82 kuasa kuda dan 105 Nm daya kilas. Enjin ini juga mampu mencapai kadar kecekapan haba sehingga 40 peratus.

Motor elektriknya pula mampu menjana 106 kuasa kuda dan 170 Nm daya kilas. Sebenarnya teknologi ini adalah sama dengan konsep REEV (Extended Range Hybrid Engine).

Rocky versi hibrid ini turut dilengkapi dengan sistem injak pintar dikenali sebagai S-PDL yang membolehkan pemandu memecut, memperlahankan, dan memberhentikan kenderaan dengan hanya menggunakan injak pemecut sahaja.

Selain itu, untuk varian andalan ia akan dilengkapi dengan brek parkir elektrik (EPB) dan sistem bantuan pemandu yang dipertingkatkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shavinish Nash

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply