Proton nampaknya semakin rancak menguji X70 versi CKD. Semalam, kelibatnya yang masih memakai sedikit celoreng penyamaran berjaya dikesan sekitar Shah Alam dan fotonya sempat dirakam oleh rakan pembaca, Shahidan Busah.
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
Tidak pasti apa yang sedang diuji oleh Proton pada model ini, tetapi kami syak mereka mungkin sedang menguji varian 1.5 TGDI yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT). Setakat ini, kami mendapat tahu akan ada lima varian yang bakal ditawarkan pada versi CKD nanti.
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
Varian 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT) merupakan antara yang termasuk dalam senarai tersebut. Difahamkan, rekaan X70 versi CKD tidak akan mempunyai perbezaan ketara dengan versi CBU ketika ini dan yang pasti akan ada sentuhan dari Proton ‘Ride and Handling‘ dan juga ‘power boot‘ untuk varian tertentu.
Ketika ini kilang pengeluaran terbaharu Proton-Geely hampir siap dan telah mula melakukan ujian percubaan pengeluaran untuk model CKD X70. Pengeluaran X70 di Tanjung Malim bakal bermula pada separuh kedua tahun ini dan ia dijangka memasuki pasaran sebelum akhir tahun.
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI