ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit pameran dan pandu uji Alza 2022 (D27A) naik kapal, bakal dilancar 20 Julai!

Foto Intip

Views

Ini info yang baharu sahaja kami terima. Penantian para peminat dan juga penempah model MPV tujuh-tempat duduk yang paling dinanti-nantikan tahun ini bakal berakhir tak lama lagi.

Menurut ejen perisik Mat Bond, desas-desus kini semakin kuat mengatakan yang Perodua bakal melancarkan model Alza 2022 (D27A) pada hari Rabu depan bersamaan 20 Julai 2022.

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

Ia menerusi memo dalaman yang telah dihantar kepada pihak pengedar. Menurut memo tersebut, Alza 2022 (D27A) akan dipamerkan kepada khalayak umum bermula jam 11.00 pagi.

Selain itu, memo tersebut turut mengatakan yang harga bagi aksesori GearUp akan mula berada dalam sistem pada hari yang sama.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Dalam perkembangan lain, kelibat beberapa unit Alza 2022 (D27A) di atas treler pegangkut yang diselimuti dengan kanvas hitam sedang menunggu giliran untuk naik ke dalam kapal telah dimuatnaik oleh Ernyza Rozalia dan juga laman Facebook SM Shipping.

Ini memberi petanda jelas bahawa tarikh pelancaran model tersebut kian hampir. Apa pun, kita nantikan info-info terkini mengenai Alza 2022 (D27A) dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ernyza Rozalia, SM Shipping dan Prabu Abudi

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply