ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Geely Hao Yue/Okavango di Genting Sempah, bakal Proton X90 semakin rancak diuji

Foto Intip

Views

Sejak kebelakangan ini Proton dikatakan ‘semakin rancak’ menguji beberapa model baharunya. Semalam, rakan kami di Careta.my telah memuatnaik beberapa foto intip terbaharu unit ujian Geely Hao Yue/Okavango yang berjaya di kesan sekitar Genting Sempah.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Kelibat unit ujian yang masih sarat dengan pelitup berceloreng itu berjaya dikesan oleh warganet bernama zackeb__. Model yang disebut-sebut sebagai bakal Proton X90 dijangka diperkenalkan pada penghujung tahun 2022.

Buat masa ini belum ada sebarang informasi terkini yang kami perolehi mengenai model tersebut dari ejen perisik Mat Bond. Namun, katanya Proton telah mula menguji Saga MC2 (pakai logo baharu) dan ia dikatakan model ‘perubahan minor’ Saga yang terakhir sebelum model serba baharu membuat kemunculan pada 2023/24.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Tidak diperincikan apa yang akan berubah pada Saga MC2 selain logo baharu kerana ia telah melalui beberapa penambahbaikan pada versi semasa termasuk penukaran transmisi. Kata Mat Bond, Saga MC2 akan dipasang dengan skirt sisi dan kami jangka logo pada sterengnya juga akan ditukar kepada logo baharu.

Selain itu, model X70 MC1 juga telah memulakan fasa pengeluaran percubaan dan berkemungkinan ia akan diperkenalkan pada awal tahun depan. Sebenarnya projek ini telah tertangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik Covid-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Careta.my

Gambaran awal Proton X90 versi Theophilus Chin

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply