ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian generasi ketiga Peugeot 308 dikesan di Jalan Duta

Foto Intip

Views

Ini kali pertama kami menerima foto intip unit ujian generasi ketiga model hatchback Peugeot 308 yang telah berjaya dikesan pagi tadi oleh editor kami sendiri, Shamsul Yunos di sekitar Jalan Duta.

Unit ujian yang mungkin ditampal dengan pelekat pemanduan sebelah kiri itu langsung tidak memakai celoreng penyamaran dan hanya ditampal dengan pelekat hitam pada emblem dan juga logonya sahaja.

Sebelum ini, beberapa unit ujian model Peugeot pernah dikesan dan ada di antaranya telah pun diperkenalkan secara rasmi, contohnya model crossover kompak Peugeot 2008 pada bulan Januari lalu.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Berbalik kepada 308, ia merupakan model pertama Peugeot yang memakai lencana ‘kepala singa’ baharu. Generasi ketiga 308 ini dibangunkan dari pelantar Stellantis EMP2 yang menyaksikan jarak antara gandarnya bertambah 55 mm.

Semasa mereka bentuk model ini, ketinggian model ini  telah direndahkan sehingga 20 mm bagi menghasilkan profil yang lebih anggun.

Kesemua varian 308 baharu didatangkan dengan lampu hadapan jenis LED yang bersambung dengan lampu siang LED. Untuk varian GT dan GT Premium, lampu hadapannya menampilkan Teknologi Matrix LED Peugeot.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Rekaan lampu LED belakangnya memperlihatkan ‘cakar singa’ yang lebih ringkas dan sedikit condong. Peugeot menawarkan dua pilihan hibrid palam-masuk (plug-in) untuk model 308.

Varian asas Hybrid 180 e-EAT8 dilengkapi enjin 150 kuasa kuda dengan motor elektrik 81 kW. Varian andalan Hybrid 225 e-EAT8 pula dilengkapi enjin 180 kuasa kuda dengan motor elektrik yang sama.

Kedua-duanya menggunakan bateri lithium-ion 12.4 kWh. Selain itu, 308 baharu turut ditawarkan dengan enjin petrol 1.2-liter PureTech 130 dan 1.5-liter BlueHDi 130 diesel.

Setakat ini masih belum ada informasi mengenai bilakah Stellantis akan melancarkan Peugeot 308 dan varian yang manakah akan dibawa masuk ke pasaran nanti. Besar kemungkinan model hatchback ini akan dipasang secara tempatan (CKD) di Gurun, Kedah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto rasmi Peugeot 308

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply