ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Honda HR-V generasi baharu mula turun ke jalan raya!

Foto Intip

Views

Nampaknya, teka-teki mengenai salah satu daripada dua model serba baharu yang bakal dilancarkan oleh Honda Malaysia pada tahun ini sudah pun terjawab.

Foto kelibat unit ujian Honda HR-V generasi baharu telah dimuat naik ke laman sesawang rakan media di WapCar.my hari ini.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Kata mereka, tidak dapat dipastikan di mana lokasi sebenar penemuannya dan apa yang pasti unit ujian tersebut menggunakan plat perdagangan bernombor M 248 A itu berada di lebuh raya di Malaysia.

Kelihatan ada sebuah Proton X50 turut dikesan dalam foto tersebut, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia milik individu lain atau digunakan sebagai model ‘ujian penanda aras’.

Honda Malaysia dalam Majlis Apresiasi Media 2022 baru-baru ini mengumumkan bakal melancarkan dua model serba-baharu yang merupakan salah satu strategi baharu mereka bagi tahun 2022.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Sebuah lagi model baharu Honda untuk tahun ini masih lagi ‘misteri, namun jika mengikut kepada ramalan ‘ahli Nujum Pak Belalang’ kami, ia berkemungkinan besar Honda BR-V generasi baharu.

Jjika merujuk kepada intipati ucapan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo, model baharu keluaran Honda selepas ini akan dilengkapi dengan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang seperti VTEC TurboHonda SENSING dan Honda CONNECT.

Masih terlalu awal untuk membicarakan tentang HR-V generasi baharu buat masa ini dan kami akan cuba mendapatkan info-info selanjutnya dari semasa ke semasa. Teruskan kesetiaan anda!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit WapCar.my

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply