Biasanya kita selalu lihat unit ujian untuk model kereta baharu kan? Kali ini agak lain sikit sebab jarang sekali kita dapat melihat unit ujian kenderaan tentera dikesan oleh orang awam.
Beberapa foto unit ujian Dongfeng EQ2050 atau dikenali dengan ‘Klon Humvee versi China‘ telah dimuatnaik ke akaun Facebook Malaysia Military Review sejak tengah hari tadi.
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
Menurut mereka, ia telah berjaya dikesan oleh oleh individu bernama Kamarul Edimuhizad di Petron Genting Highlands. Sebenarnya, foto tersebut telah dirakam pada 7 Disember 2021, hampir sebulan yang lepas.
Menurut info dari Wikipedia, model ini dikuasakan oleh enjin diesel GM 6.5 liter V8 turbocas dan dipadankan dengan transmisi 4-kelajuan automatik.
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
Berkemungkinan ia adalah milik DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd yang dijenamakan semula sebagai HICOM High Mobility Utility Vehicle (HMUV) untuk dipasarkan ke negara-negara pemanduan sebelah kanan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) setakat ini mempunyai beberapa jenis kenderaan seperti ini, antaranya Weststar GK-M1 dan URO VAMTAC.
Sebelum ini kami pernah bercerita mengenai sebuah kenderaan 4×4 Fitted For Radio (FFR) buatan anak tempatan dari syarikat Cendana Auto, namun ia terpaksa diturunkan atas sebab-sebab kerahsiaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Malaysia Military Review
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
KOMEN TERKINI