ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Peugeot 308 generasi ketiga sekali lagi dikesan

Foto Intip

Views

Sekali lagi kelibat ‘singa jantan’, Peugeot 308 generasi ketiga sedang berkeliaran melakukan ujian. Kali ini rakan kami, Mohd Azrul Aziz sempat merakam video unit ujian tersebut di pekan Kuala Kurau.

Nampaknya Stellantis kian rancak menguji model hatchback berkenaan sejak kebelakangan ini. Dalam artikel terdahulu, editor kami Shamsul Yunos telah berjaya merakam foto unit ujian Peugeot 308 di sekitar Jalan Duta.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Ia merupakan unit yang sama dan masih lagi dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD). Unit ujian ini juga langsung tidak memakai celoreng penyamaran dan hanya ditampal dengan pelekat hitam pada emblem dan juga logonya sahaja.

Peugeot 308 merupakan model pertama Peugeot yang memakai lencana ‘kepala singa’ baharu. Generasi ketiga 308 ini dibangunkan dari pelantar Stellantis EMP2 yang menyaksikan jarak antara gandarnya bertambah 55 mm.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Kesemua varian 308 baharu didatangkan dengan lampu hadapan jenis LED yang bersambung dengan lampu siang LED. Untuk varian GT dan GT Premium, lampu hadapannya menampilkan Teknologi Matrix LED Peugeot.

Varian asas Hybrid 180 e-EAT8 dilengkapi enjin 150 kuasa kuda dengan motor elektrik 81 kW. Varian andalan Hybrid 225 e-EAT8 pula dilengkapi enjin 180 kuasa kuda dengan motor elektrik yang sama.

Kedua-dua versi menggunakan bateri lithium-ion 12.4 kWh. Selain itu, 308 baharu turut ditawarkan dengan enjin petrol 1.2-liter PureTech 130 dan 1.5-liter BlueHDi 130 diesel.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply