ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 sedang dibawa ke mana tu?

Foto Intip

Views

Ini adalah penemuan pertama unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 yang berjaya dirakam oleh salah seorang ahli group paultan.org Automotive/Car Discussion Group bernama Azahar Jalil sebentar tadi.

Difahamkan dua unit ujian Saga MC3@AMA01 yang lengkap dengan pelitup celoreng ini sedang dibawa oleh treler pengangkut dan telah berjaya dikesan berhampiran Litar Antarabangsa Petronas Sepang.

Namun, ke mana hala tuju treler pengangkut tersebut tidak diketahui. Penulis berpendapat, ini adalah versi olok-olok (mule), memandangkan ia kelihatan masih lagi menggunakan asas model sedia ada.

Model yang rekaan sebenar mungkin akan menyusul beberapa bulan kemudian. Seperti yang kita ketahui, Proton sedang mempersiapkan Saga MC3@AMA01 yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Maklumat awal mengatakan, Saga MC3@AMA01 dibina berasaskan pelantar model semasa yang telah dipertingkat dan akan mempunyai dua versi bentuk badan, iaitu sedan dan juga hatchback.

Ia bakal tampil dengan sentuhan penggayaan luaran (top hat) dan juga dalaman serba baharu. Versi ‘ crossover‘nya pula dijangka muncul setahun selepas peluncuran versi sedan.

Imej digital rekaan Theottle

Ada juga khabar angin mengatakan yang model ini mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, bermula dari varian asas (Standard) hingga ke varian mercu (Flagship).

Kami menjangkakan susunan variannya adalah seperti berikut, jika merujuk kepada pilihan varian pada model semasa (Saga MC2):

  • Standard
  • Executive
  • Premium
  • Flagship

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Spekulasi mengatakan, Saga MC3@AMA01 mungkin akan ditawarkan dengan pilihan rangkaian kuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan juga versi hibrid (HEV).

Enjin ICEnya adalah versi yang terkini dari keluarga enjin Geely, berkapasiti 1.5 liter aspirasi alami (NA) yang dipadankan dengan transmisi CVT (penukar daya kilas@ torque converter).

Imej janaan Kecerdasan Buatan (AI)

Versi hibridnya pula akan ditambah dengan motor elektrik dan dipadankan dengan transmisi e-CVT. Besar kemungkinan Saga MC3@AMA01 akan diluncurkan pada suku keempat (Q4) tahun ini, manakala pengeluarannya dijangka bermula pada penghujung suku ketiga (Q3).

Nantikan info selanjutnya!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azahar Jalil

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply