ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

Foto Intipan

Views

Beberapa jam yang lalu kami telah memuatnaik satu video pendek yang menunjukkan kelibat unit ujian Proton X50 berceloreng dan X70 CKD sedang menghala ke sempadan negeri Terengganu pagi tadi. Sebentar tadi konvoi kenderaan ujian ini dilihat sedang berada di sekitar Kuala Terengganu kira-kira sejam yang lalu dan ia sempat dirakam oleh Syahir Isoura.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

Sebenarnya bukan dua unit, tetapi ada 3 unit ujian yang mengikuti konvoi kecil ini. Dua daripadanya adalah X70 CKD, manakala sebuah lagi X50 berada di tengah-tengah, sama seperti formasi dalam artikel terdahulu. Yang pasti ketiga-tiga unit merupakan kenderaan yang sama dan tidak dipastikan mengapa mereka menyusun konvoi seperti ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

Menurut info terkini dari ejen perisik kami Mat Bond, fasa pra-pengeluaran model X70 CKD bakal bermula dalam masa terdekat dan ia akan ditawarkan dalam dua pilihan enjin. Tidak banyak perubahan yang dibuat pada model CKD ini nanti dan difahamkan ia bakal ditawarkan dengan lima pilihan varian. Perubahan minima hanya yang dibuat pada bahagian berlogo, di jeriji hadapan, stereng dan cermin tingkap.

Dikatakan empat varian bakal ditawarkan pada versi 1.8 liter TGDi dengan transmisi enam kelajuan automatik termasuk dua pilihan varian Premium, salah satunya tanpa bumbung suria. Untuk versi enjin 1.5 liter Drive E turbo dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac (DCT) pula hanya satu sahaja varian biasa sahaja bakal ditawarkan.

Nantikan info terkini dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji
JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply