ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Proton X50 dengan bumbung suria dikesan di Setiu

Foto Intipan

Views

Biasanya kalau dapat foto intipan mesti di bahagian sisi, depan atau belakang kan? Kali ini foto intipan terbaharu yang sempat dirakam oleh Faz Ley di sekitar bandar Setiu, Terengganu ini memperlihatkan bahagian atas. Jelas kelihatan bumbung suria pada unit yang diuji ini yang masih menggunakan Geely Bin Yue versi Sport pemanduan kanan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Pada bahagian cermin belakang unit ujian berceloreng ini kelihatan seperti objek yang dibungkus dengan kain berwarna putih dan ada kebarangkalian ia sedang melakukan ujian bebanan (load test). Baru-baru ini ada sebuah lagi unit ujian berlainan telah dikesan di Gua Musang, Kelantan.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Kekerapan unit-unit ujian X50 dilihat sekitar Pantai Timur membuktikan mereka benar-benar serius untuk memastikan SUV kedua Proton ini diuji sebaiknya sebelum dilancarkan tahun depan. Pada kami ia merupakan satu perkembangan positif dan diharap para jurutera Proton dapat memberikan input sebaik mungkin bagi memastikan model tidak memberi masalah kepada pengguna pada masa akan datang.

Setakat ini tiada perkembangan terbaharu yang kami perolehi memandangkan Mat Bond masih dalam mood hujung minggu. Tetapi apa yang kami tahu proses ujian pemasangan versi CKD Proton X70 telah selesai dan kini menunggu masa untuk memulakan pengeluaran massa dalam masa terdekat. Mungkin ia bakal membuat kemunculan secara rasmi pada awal bulan depan, nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply