ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton X90 ditemui pada malam raya keempat, ‘test’ balik kampung ke?

Foto Intip

Views

Kelibat sebuah unit ujian Proton X90 berwarna Snow White tanpa sebarang pelitup penyamaran telah berjaya dirakam kamera pemuka (dashcam) kereta sahabat kami, Hisham Amd pada malam 24 April lalu.

Unit ujian X90 tersebut telah ditemui di Gong Badak, Kuala Terengganu dan secara kebetulan pula pada ketika itu adalah malam raya yang keempat.

Berkemungkinan, ‘penguji’nya ditugaskan untuk membuat ujian jarak jauh sambil pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, dan pada masa yang sama mengumpul data-data penting sebelum ia dilancarkan tidak lama lagi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Proton bakal melancarkan X90 secara rasmi pada 7 Mei 2023 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Majlis bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tempahan model SUV tiga-baris tempat duduk itu telah pun mula dibuka sejak 8 April lalu.

Tersedia dalam empat varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Flagship, SUV terbesar Proton ini ditawarkan dengan pilihan konfigurasi tujuh atau enam tempat duduk dengan ‘Captain Seat‘ untuk baris kedua.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Fasa pengeluaran besar-besarannya telah pun bermula di kilang Proton di Tanjung Malim. Ia juga telah dipertontonkan kepada media Malaysia pada 28 Mac lalu di studio rekaan Proton, Shah Alam.

X90 dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi bersama dengan Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V yang merangkumi enam komponen utama, termasuklah motor Belt-Starter Generator (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.

Enjin 1.5L TGDi menghasilkan output 190PS dan 300Nm daya kilas, manakala EMS 48V pula membekalkan kuasa tambahan sebanyak 13PS dan 45Nm daya kilas. Rangkaian kuasa ini disambungkan pula kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Dari aspek keselamatan, X90 didatangkan dengan beberapa ciri Bantuan Pemandu baharu seperti Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang (RCW) dan Maklumat Papan Tanda Lalu Lintas (TSI).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Hisham Amd

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply