ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

Foto Intip

Views

Penulis hari ini sangat bertuah kerana terserempak dengan kelibat dua unit ujian Proton X90 (VX11) ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, petang tadi.

X90 (VX11) yang masih lagi sarat dengan pelitup celoreng dan di tampal dengan pelekat amaran berwarna kuning di pintu but belakang itu dikesan sekitar Medan Warisan, di seberang pasar raya Giant, Kuantan.

Unit ujian X90 (VX11) itu turut diiringi oleh sebuah Saga dari belakang yang turut menggunakan plat perdagangan.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Dengan bantuan ‘si isteri’ sebagai papparazzi ‘bidan terjun’, kami berjaya juga merakam beberapa foto X90 dan video (VX11) ini dari jarak dekat.

Kedua-duanya adalah prototaip versi sebenar Proton kerana ia dilihat menggunakan jeriji ‘Infinite Weave‘ serta bentuk busur atau ‘Ethereal Bow‘ dan logo kepala harimau berbentuk bulat baharu Proton.

Tidak dipastikan ke mana destinasi X90 (VX11) dan Saga ini, namun penulis menjangkakan mereka baharu tiba dan akan menginap di hotel sekitar Kuantan, memandangkan pada ketika itu hari hampir senja.

Mungkin mereka akan meneruskan ujian ke destinasi seterusnya, esok (Rabu). Seperti yang kita sedia maklum ada dua model baharu yang bakal diperkenalkan tahun ini adalah crossover MPV, X90 (VX11) dan sedan S50 (SS11).

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Namun menurut ejen Mat Bond, ada dua lagi model Proton akan dikemaskini (MC) untuk tahun 2023 dan kedua-duanya adalah model ber’genre‘ SUV.

Kata Mat Bond, model X70 bakal beralih ke fasa Minor Change (MC2), manakala X50 pula akan dikemaskini buat kali pertama, iaitu MC1.

X70 MC2 dijangka menampilkan rekaan jeriji dan bampar serba baharu, selain sedikit perubahan di ruangan kabin. Ia juga akan mendapat tombol gear rekaan baharu dan juga paparan unit infohibur bersaiz lebih besar.

Bagi model X50 MC1 pula, tiada sebarang info yang kami terima setakat ini memandangkan Mat Bond juga masih belum memperoleh maklumat terbaharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply