ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Foto Intipan

Views

Ini mungkin foto intipan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat bakal model SUV kompak terbaharu Proton X50. Kelibat unit ujian yang sarat dengan celoreng penyamaran telah dikesan sedang mengisi minyak di stesen BHPetrol. Apa yang menarik, buat pertama kalinya unit ujian ini menggunakan jeriji dengan motif ‘Infinite Weave‘.

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580

Foto-foto ini telah berjaya dirakam oleh Ray Ng, namun kami tidak dapat maklumat lebih terperinci memandangkan ia telah dikongsikan ke laman group tertutup. Kami cuba untuk ‘zoom’kan foto tersebut untuk memperlihatkan jeriji ‘Infinite Weave’ dengan lebih jelas meskipun resolusi foto kurang memuaskan.

Jika diperhatikan, hanya bahagian tengah jeriji yang ditukar dengan ‘Infinite Weave’ dan kelihatan juga unsur ‘Ethereal Bow‘ di situ. Boleh dikatakan bentuk jeriji asal Geely Bin Yue masih kekal manakala bentuk lampu dan bamparnya juga nampak tiada perbezaan ketara.



JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

Di bahagian belakang, spoiler asal Bin Yue masih lagi digunakan, namun kami jangka ada sedikit perubahan dibuat pada jejalur lampu LED belakang, namun ianya ditutup dengan rapi ia tidak berapa jelas kelihatan. Bentuk bampar juga nampaknya masih sama dengan empat corong ekzos pada bahagian diffuser.

Dari sisi, seolah-olah tidak disentuh dan bentuk rim aloinya juga tidak dapat dilihat memandangkan ia masih disembunyikan buat masa ini. Kita hanya boleh melihat bentuk secara kasar rim yang mempunyai lima bilah. Buat masa ini tiada sebarang info terkini mengenai model X50 dan kami akan cuba merisik maklumat terbaharu dalam masa terdekat. Tunggu!

Terima kasih kami ucapkan kepada Muhammad Nabil yang sudi kongsikan info ini!

* Kemaskini artikel – Kami muatnaik video intipan X50 dengan jeriji ‘Infinite Weave’ telah dikongsikan oleh Wan Naem Wan Idris petang tadi

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Perodua Bezza facelift?
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagangan untuk beberapa nama termasuk S30, S50, V50, V70 dan C50 di MyIPO

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply