ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: VinFast VF5 dengan nombor plat ‘VMM 3584’ jalani ujian di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Sebuah lagi model kenderaan elektrik (EV) keluaran VinFast, iaitu VinFast VF5 telah berjaya dikesan oleh salah seorang ahli group paultan.org Automotive/Car Discussion Group, bernama Akmal Azmi pada 18 Jun lalu.

Crossover segmen-A itu merupakan model kedua VinFast yang berjaya dikesan di Malaysia selepas model EV, VinFast VF e34 pemanduan kanan (RHD).

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Apa yang menarik, VinFast VF5 itu menggunakan nombor pendaftaran kenderaan ‘VMM 3584‘ dan tidak lagi  menggunakan plat perdagangan seperti lazimnya.

VinFast VF5 telah dilancarkan pada 2022 dan diletakkan di bawah model VinFast VF e34 yang merupakan model EV pertama keluaran syarikat dari negara Vietnam itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sedikit informasi ringkas mengenai VF e34:

  • Ukuran dimensi : 3,965 mm panjang, 1,720 mm lebar, 1,580 mm tinggi, dan jarak tapak roda 2,513 mm
  • Kuasa maksimum: 100 kW/134 kuasa kuda
  • Daya kilas maksimum: 135 Nm
  • Daya pecutan: 0-100 km/j dalam 10.9 saat
  • Jarak pandu selepas sekali cas penuh: 326 km (menurut piawaian NEDC). Mod pengecasan pantas mampu mengecas bateri dari 10 hingga 70 peratus dalam masa 30 minit
  • Bateri jenis litium besi fosfat (LFP) dengan kapasiti 37.23kWj
  • Pilihan warna luaran: Brahimny White, Crimson Red, Crimson Red dengan bumbung putih (dwitona), Neptune Grey, Vinfast Blue dan Vinfast Blue dengan bumbung putih (dwitona)
  • Pilihan warna dalaman: Hitam

Harga jualan VinFast VF5 atau VF5 Plus di Vietnam adalah 458 juta Dong atau kira-kira RM85,278. Setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi bilakah VinFast akan mula memasuki pasaran tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Akmal Azmi

Foto VinFast VF5

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply