ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Spyshots

INTIP : Walaupun cuti hari Ahad, konvoi Proton X50 dan Persona tetap teruskan ujian!

Foto Intip

Views

Kami baharu sahaja menerima beberapa foto intip konvoi dua unit Proton X50 berceloreng bersama sebuah Persona yang sedang dalam perjalanan menghala ke Benta / Lipis petang ini. Kelibat unit ujian ini berjaya dikesan oleh rakan kami, Muhammad Iqbal yang menyedari konvoi kenderaan tersebut berada di belakang keretanya.

JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

Katanya, kesemua kenderaan tersebut dipandu dengan laju dan dia tidak berjaya mengekori konvoi ini lebih rapat. Apa yang menarik perhatian kami adalah kegigihan unit homologasi Proton yang masih lagi bekerja walaupun pada hari Ahad.

Kami rasa mereka sedang ‘mengejar masa’ supaya model SUV kedua Proton ini dapat dilancarkan mengikut jadual, kerana ia tertangguh hampir dua bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebuah Persona yang memakai plat perdagangan juga dilihat mengiringi X50 itu yang sebelum ini pernah ditemui sekitar Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!

Mungkin ia merupakan unit ujian awal Persona MC2 yang bakal diperkenalkan tahun hadapan. Persona MC2 dikatakan akan mengalami sedikit perubahan kosmetik terutama pada bahagian bampar depan dan mungkin dilengkapi dengan transmisi 4-kelajuan automatik bagi menggantikan unit CVT sedia ada.

Mengikut perancangan asal, Proton bakal melancarkan model X50 pada bulan September nanti dan ia kini dalam fasa percubaan pengeluaran. Ia bakal ditawarkan dengan tiga pilihan varian yang mungkin terdiri daripada varian ExecutivePremium dan juga Sport. Kesemua varian X50 ini akan dijana oleh enjin 1.5 liter Drive E yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan dwi-cekam (DCT).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA
JOM BACA >> Perodua lancar Myvi S-Edition di Brunei – Varian 1.3G yang dihiasi kit badan Myvi GT!
JOM BACA >> Proton bakal lancar ‘Saga Edisi Hitam’ pada 9 Julai ini!
JOM BACA >> INTIP : Proton Persona facelift pakai ‘pelitup muka’ ini sedang menguji apa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif