Ini berita baik kepada peminat skuter sports! Kelibat dua unit ujian Yamaha NVX 155@AEROX telah berjaya dikesan oleh Asmade Hj Salam sekitar lebuhraya PLUS menuju ke arah utara. Model ini memang sangat ditunggu tunggu oleh peminat skuter yang sebelum ini agak kecewa kerana Hong Leong Yamaha memperkenalkan Ego Solariz terlebih dahulu.
Yamaha NVX menggunakan enjin yang bersesaran 155cc dengan teknologi VVA (Variable Valve Actuation) bertaraf ‘Blue Core’ yang berprestasi tinggi serta menjimatkan bahan api. Ia turut dilengkapi dengan pelbagai ciri ciri canggih seperti Sistem Kunci Pintar, Sistem Mula dan Henti, kluster instrumen LCD bersaiz 5.8 inci, lampu hadapan LED berkembar, lampu belakang LED, ruang barangan di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan barangan sehingga 25 liter, sistem brek anti-kunci (ABS), dan tangki minyak berkapasiti 4.6 liter.
Adakah ini memberi petanda Hong Leong Yamaha bakal melancarkan model ini dalam masa terdekat? Kita sama sama nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
Bila nk keluar entah??