ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Zeekr X pemanduan kanan (RHD) jalani ujian di Thailand, bakal masuk Malaysia ke?

Foto Intip

Views

Kelibat unit ujian Zeekr X pemanduan kanan (RHD) berjaya dikesan di jalan raya sekitar Bangkok, Thailand dan telah berjaya dirakam oleh pemilik akaun X, bernama TiY.

Tempahan model ini telah mula dibuka semasa Pameran Motor Antarabangsa Bangkok 2024. Pelancaran rasminya di nagara tersebut dijangka pada suku ketiga (Q3) tahun ini.

Menurut rakan media di WapCar.my, Zeekr X bakal dilancarkan serentak bersama dengan model MPV mewah, iaitu Zeekr 009.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Zeekr X dibina berasaskan pelantar Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA) Geely dan ditawarkan dengan pilihan motor elektrik tunggal dengan pacuan roda belakang dan pacuan semua roda dengan motor elektrik berkembar.

Output kuasanya juga berbeza iaitu 272 PS dan 343 Nm daya kilas dan 428 PS dan 543 Nm daya kilas dan dipadankan dengan bateri 66-kWj untuk kedua-dua varian. Ia mampu memberikan jarak pandu sehingga 560 km (CLTC).

Dari segi dimensi Zeekr X berukuran 4,450 mm panjang, 1,836 mm lebar dan 1,572 mm tinggi, manakala  jarak tapak rodanya, 2,750mm.

Zeekr X menampilkan gaya reka bentuk yang liar, radikal dan lain dari yang lain, namun kelihatan agak pelik. Terutama di bahagian belakang dengan tingkap yang sangat kecil dan jejalur lampu LED yang nipis.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam artikel terdahulu, Zeekr sedang mempertimbangkan untuk memasuki pasaran automotif Malaysia dengan kenderaan-kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) yang baharu dibangunkan.

Naib Presiden Teknologi Zhejiang Zeekr Intelligent Technology Co Ltd, Zhao Chunlin, berkata jenama teknologi mobiliti elektrik global itu menyasarkan untuk menjual kenderaan RHD bersama-sama dengan kenderaan pemanduan sebelah kiri kepada sekurang-kurangnya 50 pasaran antarabangsa menjelang akhir tahun.

Zeekr juga menyasarkan untuk menggandakan penghantaran kenderaannya pada 2024 kepada 230,000 unit kereta daripada 118,685 unit pada 2023.

Adakah penemuan unit ujian RHD Zeekr X di Thailand memberi petanda awal kehadirannya di negara-negara jiran seperti Malaysia selepas ini? Sama-sama kita nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TiY

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply