Penantian kita untuk menyaksikan pelancaran rasmi Iriz dan Persona facelift akhirnya bakal berakhir minggu depan. Sebentar tadi kami mendapat satu info terkini yang mengatakan kedua-dua model tersebut akan dilancarkan pada 23 April 2019 (Selasa minggu depan) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Beberapa foto risalah Iriz dan Persona facelift juga tular di laman sosial Facebook sejak semalam yang telah dimuatnaik oleh individu bernama Faye Zarl. Ia sekaligus menguatkan lagi info yang diperolehi itu dan kami turut diberitahu gerombolan awal kedua-dua model tersebut akan mula bergerak dari Tanjung Malim ke pusat pameran Proton mulai hari ini.
JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019
Sepatutnya pelancaran model ini dibuat pada bulan lepas namun ia beberapa kali tertangguh disebabkan kelewatan untuk mendapatkan kelulusan harga dari pihak kerajaan. Ia menyebabkan kerisauan di kalangan pengedar dan dikatakan ada beberapa pelanggan yang telah membatalkan tempahan disebabkan kelewatan tersebut.
Minggu lalu di Malaysia Autoshow 2019, kedua-dua model yang dipertingkatkan dan diberi wajah baharu ini telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Iriz facelift akan ditawarkan dalam lima varian, iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.
JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow
Persona facelift pula bakal ditawarkan dengan tiga varian, iaitu Standard 1.6L MT/CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT. Lima pilihan warna ditawarkan untuk model Persona facelift iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Rosewood Maroon dan Armour Silver.
Iriz facelift juga akan ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Ocean Blue, Ruby Red, Snow White, Armour Silver dan Jet Grey. Menurut Proton, setakat ini lebih 8,000 tempahan telah diterima dan angka ini dijangka akan meningkat sebaik sahaja kedua-dua model tersebut mula dijual.
Nantikan kemunculannya!
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
Akhirnya!!!!!