ARKIB

KATEGORI

Info

Iriz dan Persona facelift bakal dilancarkan hujung bulan ini?

Info

Views

Beberapa hari lepas kami ada memuat naik artikel yang berkaitan kedua-dua model ini. Maklumat terbaharu yang kami perolehi dari perisik automotif tersohor Mat Bond, Proton dijangka melancarkan Iriz dan Persona facelift pada hujung bulan ini setelah beberapa kali tertangguh.

Harga jualannya juga telah diluluskan dan tambah Mat Bond lagi, kilang Proton di Tanjung Malim kini siap sedia untuk melepaskan gerombolan awal kedua-dua model tersebut ke bilik pameran seluruh Malaysia pertengahan bulan ini. Ia bermakna unit pameran dan pandu uji Iriz dan Persona facelift akan tiba lebih awal sebelum hari pelancaran.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Menurut maklumat yang kami perolehi dari salah satu pengedar bertaraf 4S, Proton bakal mengadakan satu lagi sesi pratonton umum di Kuala Terengganu pada 19 dan 20 April. Ketika ini Iriz dan Persona facelift sedang dipamerkan untuk tatapan umum dan pandu uji sempena Malaysia Autoshow 2019.

Menurut Proton, setakat ini lebih 8,000 tempahan telah diterima dan angka ini dijangka akan bertambah sebaik sahaja kedua-dua model tersebut mula dijual. Sebanyak 367 penambahbaikan telah dilakukan untuk model Iriz manakala sebanyak 303 penambahbaikan pula telah dibuat pada model Persona.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Dikatakan kedua-dua model ini lebih senyap dan diperhalusi berbanding model sedia ada. Untuk melihat dengan lebih dekat dan memandu uji Iriz dan Persona facelift kunjungi reruai Proton di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) yang membuka tirainya semalam dan akan berlangsung sehingga Ahad ini.

Lega kami sebab Mat Bond telah mula kembali bertugas. Nampaknya dia mula ‘move on’ lepas mengalami sedikit kemurungan baru-baru ini. Mungkin dia bakal menjadi peminat setia sitkom Spanar Jaya X kot tak lama lagi, hehehe.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply