ARKIB

KATEGORI

Buletin

Iron Man jual air jagung demi kelangsungan hidup

Berita Tempatan

Views

Seorang bekas kakitangan syarikat telekomunikasi yang diberhentikan kerja ekoran pandemik COVID-19, gigih meneruskan kehidupan dan memanfaatkan kreativitinya mengenakan kostum ‘Iron Man’ untuk berniaga air jagung.

Menurut BernamaMuhammad Syukur Mohd Patthi, 26 berkata dia diberhentikan kerja pada Ogos lepas dan berniaga air jagung sejak dua minggu lalu setelah sukar mendapat pekerjaan lain. Katanya, sebagai anak muda kita jangan terlalu berharap pada bantuan dan pemberian orang. Selagi ada kudrat, lebih baik cari rezeki sendiri.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Dia bersama dua rakannya, Yusri Md Saad, 35 dan Mohamad Zaidi Zainal Abidin, 33, berniaga air jagung di persimpangan jalan berhampiran Bandar Perda, Bukit Mertajam. Katanya semasa bekerja di syarikat telekomunikasi itu, dia turut melakukan pekerjaan sambilan sebagai penghibur berkostum adiwira dan watak kartun dalam sebuah kumpulan bergelar Geng Superhero Penang (GSP).

Mereka sering menerima tempahan untuk menghiburkan kanak-kanak pada majlis hari jadi dan sebagainya, namun sejak pandemik COVID-19 melanda negara, semua tempahan tersebut telah dibatalkan. Jadi, mereka mengambil inisiatif dengan memakai kostum ketika menjual air jagung kerana ia merupakan cara yang unik untuk menarik pelanggan.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tambahnya, walaupun mereka terpaksa berhujan dan berpanas di tepi jalan, setiap kali orang ramai melambai atau bunyikan hon, rasa letih itu berbaloi. Mereka faham sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai yang rindu suasana di luar. Katanya, jika dengan melihat mereka membuatkan orang ramai terhibur, dia turut merasa gembira.

Menurut Muhammad Syukur, pada awal perniagaan itu, mereka mengalami kerugian hingga 90 peratus namun kini semakin stabil. Ujarnya lagi, stok yang tidak habis dijual akan diberikan kepada petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya sekitar Pulau Pinang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply