ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ismail Sabri pelawa Tesla melabur dan hasilkan kereta elektrik di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempelawa pelabur dan ahli perniagaan Amerika Syarikat (AS) untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Menurut Berita Harian, beliau mengalu-alukan mereka, terutamanya syarikat Fortune 500 untuk melabur atau meningkatkan pelaburan mereka, iaitu dalam sektor digital ekonomi, teknologi hijau dan kereta elektrik. Katanya, beliau cadangkan Tesla membuat pelaburan di Malaysia dalam menghasilkan kereta elektrik.

Beliau berkata demiian kepada wartawan Malaysia selepas menemui Ted Osius, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Amerika Syarikat-ASEAN (AS-ABC) di sebuah hotel di Washington DC pada Rabu (waktu tempatan).

Penubuhan AS-ABC pada 1984 mewakili 170 perniagaan utama Amerika di Asia Tenggara. Perdana Menteri yang tiba di sini semalam dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke AS termasuk bertemu Presiden Joe Biden dan pemimpin ASEAN.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ismail Sabri berkata, beliau telah meminta AS-ABC untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menarik pelaburan ke ASEAN, terutamanya Malaysia.

kata Perdana Menteri mengenai reaksi AS-ABC, mereka menganggap Malaysia sebagai rakan perdagangan Amerika Syarikat yang penting.

Kemudian, Ismail Sabri mempunyai sesi berasingan dengan Setiausaha Agung World Information Technology and Services Alliance (WITSA) Dr James H Poisant di tempat yang sama.

WITSA, katanya, akan mengadakan Kongres Dunia mengenai Teknologi Maklumat (WCIT), persidangan IT terbesar di dunia di Pulau Pinang pada September.

Beliau berharap kongres ini akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi teknologi. Ismail Sabri berkata, peserta dari seluruh dunia akan berhimpun di kongres itu termasuk penceramah dari agensi angkasa Amerika.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Dalam pertemuan lain di tempat yang sama, Perdana Menteri bertemu Presiden Peterson Institute for International Economics, Dr Adam S Posen dan Naib Presiden East-West Center, Dr P Limaye.

Ismail Sabri turut mengadakan perbincangan berasingan dengan Timbalan Penolong kepada Presiden AS dan Penyelaras Hal Ehwal Indo-Pasifik di Majlis Keselamatan Negara, Dr Kurt M Campbell.

Beliau memberitahu Dr Campbell bahawa semua negara anggota ASEAN perlu terlibat dengan cadangan inisiatif Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diterajui AS.

Pada masa ini, beberapa negara daripada kumpulan itu tidak terlibat dalam inisiatif perdagangan dan ekonomi utama untuk rantau Indo-Pasifik.

Ujar beliau, Malaysia berpandangan semua negara ASEAN perlu dilibatkan dan Kuala Lumpur pada dasarnya bersetuju menyertai IPEF.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply