ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isteri mengidam nak Honda Jazz, suami terus pergi curi kereta

Berita Global

Views

‘Sayang bini’ punya pasal dan mungkin juga tak mahu tengok anak meleleh air liur, seorang suami bertindak nekad mencuri sebuah kereta jenis Honda Jazz ketika sedang makan bersama di sebuah restoran. Menurut portal mStar, kejadian tersebut Warung Makan Ayam Panggang Lombok Cengis, Kota Semarang, Indonesia.

Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian kerana isterinya sudah lama mengidamkan sebuah kereta Honda Jazz. Tindakan spontan lelaki dari Surabaya untuk mencuri kereta tersebut telah menyebabkannya terlupa tentang isterinya yang ditinggalkan bersendirian.

JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”

Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai AP, 34, berjaya ditahan polis dua jam selepas mencuri kereta tersebut yang dimiliki oleh Andy Prabowo, 33. Menurut sumber, kejadian itu berlaku ketika AP sedang makan bersama isterinya dan ternampak kunci kereta Honda Jazz milik pelanggan lain yang diletakkan di atas meja.

Pemilik kereta itu dikatakan telah pergi ke tandas tetapi meninggalkan kunci keretanya begitu sahaja. AP yang melihat peluang tersebut secara spontan terus mengambil kunci tersebut dan memandunya keluar dari restoran. Menurut pihak polis, tindakan jenayah tersebut dilakukan spontan tanpa sebarang perancangan, malah mereka berdua datang ke restoran itu pun dengan memandu kereta sendiri.



JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

Kata suspek kepada Tribunjateng.com, ketika dia memandu kereta curi tersebut, kunci keretanya sendiri ditinggalkan bersama isterinya. Lantas, dia menyuruh isterinya memandu kereta mereka ke satu lokasi yang sudah dijanjikan. AP turut mengaku yang isterinya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan jenayah yang dilakukannya.

Sementara itu, Ketua Polis Semarang Utara, Kompol Johan Valentino berkata ketika kejadian, suspek bersama isterinya sedang bercuti ke Semarang. Katanya, tindakan AP menjadi tular di media sosial kerana ia berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup di restoran tersebut selain mangsa segera membuat laporan polis.

Tambah Kompol, isteri suspek terkejut dan tidak menyangka suaminya nekad mencuri kereta. Suspek akan didakwa atas tuduhan mencuri dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply