ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu kereta Mercedes-Benz – Pejabat Menteri Besar Kelantan beri penjelasan

Berita Tempatan

Views

Ketika ini sedang tular dan hangat di media sosial yang ‘membawang’ mengenai pembelian sebuah kereta baharu jenis Mercedes-Benz yang bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan. Pejabat Menteri Besar Kelantan tampil menerusi satu kenyataan media bagi menjelaskan isu yang mula dijadikan ‘modal politik’ itu.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Menurut kenyataan media itu, tuduhan yang mengaitkan penggunaan Peruntukan Khas kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 400 juta untuk pembelian kenderaan rasmi pimpinan Kerajaan Negeri adalah suatu kenyataan fitnah dan berniat jahat. Untuk rekod, keputusan Kerajaan Negeri bagi menggantikan kenderaan rasmi telah dibuat menerusi kenyataan YB. Datuk Timbalan Menteri Besar pada 12 September 2018 lagi.

Jelas kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco Negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang telah digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Kenderaan Rasmi Menteri Besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Menteri Besar Datuk Bentara Setia Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan kurniaan KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan.

Kerajaan Negeri juga telah membuat keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 pada kenderaan rasmi baharu Menteri Besar Kelantan yang turut mendapat perkenan dari KDYMM Tuanku Al Sultan Kelantan

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply