ARKIB

KATEGORI

Tular

Isu pekerja mogok dan baling barang pelanggan – J&T Express mohon maaf

Berita Tempatan

Views

Syarikat kurier, J&T Express (J&T) memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian pekerja mogok dan membaling barang yang tular di media sosial. Menurut Berita Harian, J&T dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

Kenyataan tersebut memaklumkan, J&T sebenarnya sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan. Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.

J&T turut memaklumkan, disebabkan masalah itu ada segelintir kakitangan yang kurang jelas berhubung sistem pengagihan bonus, sekali gus menyebabkan pengagihan bungkusan secara kasar, selain menghasut pekerja melakukan gangguan bersama dan menyebarkan rakaman video di media sosial. Bagaimanapun, pihak pengurusan hab di negeri Perak segera menangani dan menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku.

JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT

Tambah kenyataan itu, pada 5 Februari lalu, pekerja kembali menjalankan tugas seperti biasa untuk menyusun dan memproses bungkusan pelanggan. J&T ingin menjelaskan yang pihaknya tidak akan memotong atau berhutang gaji kepada pekerja dan bersedia menerima pengawasan dan pemeriksaan oleh masyarakat, selain institusi yang terbabit.

Kenyataan itu juga berkata, J&T komited meningkatkan pampasan dan faedah pekerja dari semasa ke semasa serta mempromosikan pembangunan ekonomi sosial dan industri e-dagang Malaysia. Dalam pada itu, J&T turut memberi maklum balas mengenai aduan pelanggan mengenai pekerja syarikat terbabit yang didakwa mencuri makanan dan minuman daripada bungkusan pelanggan.

Disebabkan peningkatan pesat jumlah bungkusan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kami (J&T) mengambil lebih banyak bungkusan daripada masyarakat. Dalam tempoh itu, syarikat mengupah lebih ramai pekerja sementara dan hanya memberikan latihan yang asas kepada mereka.

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

Ini adalah kesalahan dalam pengurusan dan pihaknya juga sudah merumuskan peraturan dan kaedah pengurusan baharu, khususnya untuk penyelesaian dan pengawasan insiden serupa serta menyelesaikan bungkusan yang hilang dengan cepat. Sebelum ini, tular di media sosial video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan selepas dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Rakaman video berdurasi 15 saat di salah sebuah hub kurier syarikat itu turut menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran. Video itu mendapat pelbagai reaksi warganet dan pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana dikhuatiri akan merosakkan barangan dalam bungkusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan sedang berhenti rehat, guna rim 16-inci!
JOM BACA >> INTIP : GAC Trumpchi GS3 Power 2021 ‘ronda-ronda Putrajaya’!
JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an
JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia
JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply