ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu pemandu mabuk – Kajian semula undang-undang sedia ada akan dibincangkan minggu depan

Berita Tempatan

Views

Sejak akhir-akhir ini, semakin menjadi-jadi kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk, hingga ada yang menyebabkan kematian. Menurut Sinar Harian, Kementerian Pengangkutan memandang serius senario tersebut dan menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkenaan kesalahan tersebut akan dibincangkan minggu depan.

Jelas beliau, kajian semula undang-undang berkenaan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pengangkutan nanti. Tambahnya, bagi kes ini kementerian menyerahkan siasatan kepada pihak polis dan yakin pihak bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Dalam pada itu, Anthony Loke turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Klang pagi semalam.

Mangsa yang merupakan salah seorang daripada penunggang motosikal yang dirempuh kenderaan jenis Ford Ranger dipandu seorang lelaki dalam kejadian di Jalan Kebun dari arah Bulatan Jalan Kebun menghala ke jejambat KESAS.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi, Muhammad Zulfakkar yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC disahkan maut di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila Ford Ranger dipandu penjual ikan berusia 37 tahun itu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh dua buah motosikal termasuk yang ditunggang mangsa. Dua lagi mangsa berusia 27 tahun yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 turut cedera parah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombol

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply