3,722 buah kenderaan jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Aruz, dan Alza serta motosikal jenis Honda CB350RS terbabit dalam pemanggilan semula berikutan isu teknikal.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata setiap pemilik kenderaan terbabit akan dihubungi oleh syarikat pengeluar yang berkenaan.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
“Perincian pemanggilan semula membabitkan ketinggian sasaran lampu utama tidak memenuhi peraturan spesifikasi bagi MPV jenis Alza sebanyak 2,518 unit dan Aruz (1,139).
“Varian terbabit membabitkan Perodua Alza 1500 X (CVT), Alza – 1500 H (CVT), Alza – 1500 AV (CVT), dan Aruz – 1500 X serta Aruz – 1500 AV,” katanya dalam kenyataan hari ini.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Menurutnya, sebanyak 65 motosikal Honda CB350RS pula membabitkan masalah pada penderia kelajuan roda yang menyebabkan sistem brek anti kunci (ABS), sistem kawalan cengkaman, dan meter had laju tidak memberi data yang tepat.
Katanya, JPJ akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk memastikan kesemua unit kenderaan yang terbabit akan menjalani pemeriksaan sebelum disahkan selamat berada di jalan raya. – Berita Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI