ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isu ‘Touch ‘n Go’ – KPDN janji selesaikan dalam tempoh terdekat

Berita Tempatan

Views

Satu pasukan khas ditubuhkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi menjalankan kajian dan meneliti semua masalah yang timbul berhubung penggunaan sistem pembayaran, Touch ‘n Go.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata pasukan khas yang ditubuhkan serta-merta hari ini, diketuai ketua setiausaha (KSU) kementerian itu dan wakil syarikat pengendali sistem Touch ‘n Go, akan mengemukakan semua laporan mengenai masalah yang timbul dan perlu diselesaikan.

Beliau berkata, pasukan khas akan memastikan isu berkenaan yang membebankan rakyat dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

“Dalam minggu ini, memang ada banyak aduan mengenai isu Touch N Go ini, jadi saya rasa selain rakyat terbeban, ini juga menjadi beban kepada saya sendiri sebagai menteri, oleh itu saya mengambil tindakan yang cepat untuk kita sama-sama bincang dan atasi masalah ini.

“Atas keprihatinan kita dan apabila ini menjadi isu rakyat, saya harap pasukan khas yang diketuai oleh KSU ini akan membuat satu bedah siasat secara menyeluruh supaya tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

“Saya juga minta laporan diberikan kepada kementerian bagi setiap kes, sebagai contoh semalam kita dapat secara terperinci mengenai satu masalah itu dan mereka (syarikat) memberikan jawapan dengan segera sekali gus isu yang timbul dapat dipantau dan rakyat tidak lagi mendapat kesusahan atau ada masalah dengan perkhidmatan Touch ‘n Go ini,” katanya.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kampung Pasir di Johor Bahru, hari ini. Salahuddin berkata, beliau, tindakan akan diambil ke atas syarikat pengendali Touch ‘n Go jika mereka tidak menunaikan tanggungjawab menyelesaikan isu-isu berbangkit berhubung produk berkenaan.

“Oleh kerana syarikat ini bertaraf monopoli, jadi sebarang kesulitan yang juga rungutan rakyat itu saya akan perinci, teliti dan pastikan bahawa mereka (syarikat Touch ‘n Go) menunaikan tanggungjawab dan sekiranya mereka tidak mengambil perhatian, saya akan membincangkan tindakan-tindakan yang akan diambil,” tegasnya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, antara masalah diutarakan pengguna Touch ‘n Go antara lain mengenai kad prabayar itu, servis di semua tol khususnya apabila menjelang musim cuti perayaan, kad prabayar tidak berfungsi atau tidak boleh diaktifkan serta talian hotline yang tidak dijawab.

Katanya, semalam Salahuddin juga meminta pengurusan Touch ‘n Go tampil menjawab beberapa persoalan berkaitan pelbagai rungutan orang ramai dan aduan berhubung penggunaan sistem pembayaran baharu itu. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply