ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia lancar mu-X yang dipertingkatkan

Views

Sempena dengan “History Convention 2017”,  Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. telah melancarkan SUV tujuh tempat duduk mu-X yang dipertingkatkan. Ia dilengkapi dengan pembaharuan ketara di ruangan dalaman, luaran dan juga dari aspek keselamatan. Pada majlis pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kenji Matsuoka berkata, beliau yakin dengan kualiti yang dibina Isuzu mu-X  dan enjin Isuzu sememangnya dikenali kerana ketahanan dan kebolehpercayaan.

Antara pembaharuan utama mu-X 2017 termasuklah:

  • Lampu depan projektor bi-LED spektrum biru (ciri aras auto) dan Lampu Nyalaan Siang LED (DRL)
  • Lampu kabus belakang baharu
  • Enam beg udara SRS
  • Kemasan pad kulit lembut di ruang dalaman
  • Panel corak kayu pada kemasan pintu dan papan pemuka hadapan
  • Panel meter rekaan terbaharu electromunescent (e- LUMAX) dengan Paparan Multi Maklumat (MID)
  • Sistem infotainmen dengan lapan pembesar suara
  • Varian 4×4 didatangkan dengan skrin sentuh DVD lapan inci dan monitor boleh lipat untuk penumpang belakang
  • Varian 4×4 dilengkapi skrin sentuh DVD tujuh inci
  • Tempat duduk kulit dengan corak baharu
  • Kawalan Turun Bukit
  • Roda aloi 18 inci
  • Tambahan warna baharu Havana Brown Mica

Harga baharu atas jalan tanpa insuran adalah RM 183,000.40 untuk varian 4×4 dan RM 176,640.40 untuk varian 4×2. Kedua-dua varian ini didatangkan dengan transmisi 5- kelajuan automatik, dan mengekalkan prestasi enjin diesel bahan api yang efisien dengan 2.5L Sistem Geometri Boleh Ubah (VGS) Turbo Intercooler. Isuzu Malaysia turut memberikan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Isuzu mu-X 2017 juga sarat dengan ciri keselamatan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA) dan Bantuan Kawalan Cerun (HSA). Ia didatangkan dengan empat warna menarik: Havana Brown Mica, Silky White Pearl, Titanium Silver Metallic dan Cosmic Black Mica.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply