ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu Malaysia serah Trak Pengadun Simen kepada syarikat binaan di Terengganu

Views

Industri binaan tempatan kini semakin berkembang dan Isuzu Malaysia sentiasa bersedia untuk menyokong pembangunan industri tersebut. Baru-baru ini dua unit Trak Pengadun SimenIsuzu GIGA FXZ360 telah diserahkan kepada sebuah syarikat binaan yang berpusat di Terengganu, Hamzah Ibir Sdn Bhd. Trak tersebut telah diperolehi daripada Dynamic Motors Sdn Bhd, pengedar sah Isuzu dari Kuantan, Pahang.

Isuzu GIGA FXZ360 dikuasakan oleh enjin 6UZ1-TCC enam silinder sebaris dengan pengecas turbo dan ‘intercooler’ (penyejuk antara). Ia mampu mengangkut bebanan berat dengan kuasa 360PS dan tork 1,422Nm, yang digandingkan bersama transmisi ZF 9-kelajuan yang memastikan prestasi yang lebih berkuasa. Trak Pengadun Simen ini turut dilengkapi rangkaian pemacu 6×4, di samping ciri ‘Roda Tenaga PTO’ yang dipasang siap di kilang Jepun, selain daripada menawarkan aerodinamik, ergonomik dan piawai keselamatan UNECE yang cemerlang.

Pengarah Urusan Hamzah Ibir Sdn Bhd, Dato Haji Khaidir berkata, pelancaran trak pengadun simen terbaharu ini sememangnya dinanti-nantikan, memandangkan syarikat beliau sedang dalam proses mengusahakan beberapa projek binaan dan pembangunan. Isuzu menjadi jenama pilihan utama kerana terkenal dengan kebolehpercayaan dan keteguhan yang tiada tandingan, di samping penggunaan bahan api yang lebih efisien dan servis selepas jualan yang cekap dan mesra.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura pula berkata, pengenalan Isuzu GIGA FXZ360 ini merupakan langkah strategik yang membolehkan Isuzu Malaysia menawarkan rangkaian kenderaan komersial yang lebih menyeluruh, demi memenuhi permintaan industri binaan dan pembangunan tempatan.

Di Malaysia, Isuzu telah berjaya menjadi jenama trak yang paling laris, terutamanya untuk segmen trak tugas ringan selama lapan tahun berturut-turut, selain daripada menjadi jenama pilihan No. 1 untuk kenderaan komersial selama empat tahun berturut-turut.Pelancaran baharu ini turut melambangkan kepelbagaian rangkaian kenderaan komersial yang ditawarkan oleh Isuzu Malaysia. Rangkaian trak Isuzu terdiri daripada siri trak tugas ringan Isuzu ELF, siri trak tugas sederhana Isuzu FORWARD, diikuti dengan siri trak tugas berat Isuzu GIGA.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply