Acara larian jarak jauh tersohor dan berprestij di Malaysia, Kuching Marathon tahun ini bakal menyaksikan Isuzu sebagai penaja utama. Isuzu terkenal sebagai pelopor teknologi enjin diesel dan menghasilkan kenderaan tahan lasak dan cekap seperti D-Max yang terbukti merentasi jarak sejauh 1,800 km dari Bangkok ke Singapura dengan hanya menggunakan satu tangki bahan api.
Selain itu, Isuzu Elf pula merupakan trak komersil paling popular di Malaysia. Sebagai penaja utama Kuching Marathon 2019, Isuzu Malaysia ingin memainkan peranan dan menyampaikan mesej yang lebih berkesan dari sudut mesra alam serta gaya hidup sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Koji Nakamura berkata, sebagai sebuah jenama yang berteraskan ideologi ketahanan dan kecekapan penggunaan jarak jauh, Isuzu berkongsi semangat dan azam yang sama dengan setiap pelari marathon. Atas faktor itu jugalah Isuzu memilih untuk melibatkan diri di dalam acara Kuching Marathon tahun ini.
Majlis pelancaran rasmi acara ini telah diadakan di Kuching dan disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan dihadiri oleh Datuk Bandar Kuching Utara dan Selatan. Mewakili Isuzu Malaysia ialah Ketua Pegawai Operasi, Masayuki Suzuki yang menyerahkan tanda penajaan kepada Pengarah Acara Kuching Marathon, Liew Tang Chieh.
JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow
Acara Kuching Marathon tahun ini merupakan yang edisi ke enam dan bakal bermula dan berakhir di Padang Merdeka pada 18 Ogos 2019. Ia akan menampilkan empat kategori jarak larian, bermula dengan 5 km, 10 km, separuh marathon dan marathon penuh 42.195 km mengikut piawaian antarabangsa yang diiktiraf oleh Persatuan Marathon dan Perlumbaan Jarak Jauh Antarabangsa (AIMS).
Larian marathon penuh akan membawa peserta melalui pusat pentadbiran Kuching Utara dan sebahagian kawasan bersejarah di Kuching Selatan berkenaan sebelum berakhir di garisan penamat di lokasi ikonik Padang Merdeka. Hadiah akan diberikan untuk kategori marathon penuh, separuh marathon dan 10 km bagi peserta bagi lelaki, wanita serta veteran, sementara untuk larian santai 5 km pula adalah terbuka kepada pelari dari semua peringkat umur.
Acara ini dijangka akan menarik penyertaan seramai 11,000 peserta. Untuk maklumat lanjut penyertaan dan program Kuching Marathon, sila layari www.marathonkuching.com.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI