ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu tayang iklan acah model Edisi Terhad D-Max Stealth – Bakal dilancarkan pada 6 Ogos ini!

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini laman Facebook rasmi ISUZU D-Max Malaysia telah mula menyiarkan iklan acah model edisi terhad yang dikenali sebagai D-Max Stealth. Model yang bakal dilancarkan secara penstriman langsung pada 6 Ogos nanti menampilkan satu kelainan yang tertumpu kepada perician dan juga tambahan aksesori.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

D-Max Stealth didatangkan dengan pilihan warna hitam dengan rekaan jeriji istimewa yang berbeza dengan model D-Max yang lain. Secara keseluruhan, rupa asal trak pikap ini masih lagi sama seperti model faceliftnya yang dilancarkan pada tahun lalu memandangkan ia hanyalah model edisi terhad.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Antara ciri-ciri istimewanya yang lain adalah pelekat corak grafik dengan tulisan ‘Stealth’ yang ditampal pada pintu sisi dan belakang, pemijak sisi yang boleh disorokkan, rekaan rim enam jejari berkembar kemasan dwitona, kit badan dengan kemasan krom serta kemasan tempat duduk dwitona hitam dan merah.

Besar kemungkinan D-Max Stealth dikuasakan oleh enjin 1,898 cc RZ4E-TC yang mampu menjana 150 PS dan 350 Nm daya kilas yang dipadankan dengan pilihan kotak gear 6-kelajuan automatik atau manual. Pada masa yang sama juga Isuzu Malaysia turut menyediakan laman mikro khusus bagi orang ramai yang ingin mendaftarkan minat terhadap model tersebut menerusi pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply