ARKIB

KATEGORI

Buletin

Italdesign lancar jenama Italdesign Automobili Speciali di Geneva

Views

Ini bukan logo baharu pasukan bola keranjang Chicago Bulls ye! Logo ini merupakan identiti kepada sub-jenama baharu yang bakal dilancarkan oleh Italdesign di Geneva Motor Show bulan depan yang dikenali sebagai Italdesign Automobili Speciali. Jenama ini akan menumpukan kepada pengeluaran kenderaan ultra-rendah untuk syarikat tersebut, temasuklah model supercar yang akan membuat kemunculan di Geneva yang hanya terhad kepada lima unit sahaja di seluruh dunia.

Projek yang lain bakal menyusul selepas itu, namun ia kini menyaksikan Italdesign mula mengembangkan sayapnya dari hanya bekerjasama dengan pengeluar kenderaan sedia ada dan membina model konsep sejak turun-temurun. Rekaan logo juga direka secara ekslusif untuk kegunaan jenama tersebut yang diilhamkan dari gabungan kepala lembu jantan dan nama jenama tersebut. Bercakap mengenai logo, ketua bahagian rekabentuk inovasi Italdesign, Filippo Perini berkata semasa mencipta logo tersebut, mereka mendapat inspirasi dari simbol bandaraya Turin yang penuh dengan sejarah mengenai kelahiran industri automobil di Itali.

KLIK UNTUK BESARKAN

Italdesign Geneva teaser -1 Italdesign Geneva teaser -2 Italdesign Geneva teaser -3 Italdesign Geneva teaser Italdesign-Automobili-Specialia

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply