ARKIB

KATEGORI

Buletin

Italdesign tayang supercar dengan penjana kuasa V10

Views

Akhirnya setelah beberapa kali mengusik, Italdesign telah memuatnaik beberapa foto supercar terbaharunya yang bakal dipasangan dengan penjana kuasa V10. Yang paling menarik, kereta ini akan dikeluarkan dalam edisi yang sangat terhad, hanya lima unit sahaja dan bakal membuat kemunculan rasminya di Geneva Motor Show 2017 bermula 7 Mac nanti.

Buat masa ini Italdesign masih belum menamakan model supercar tersebut yang merupakan model pertama membawa logo kepala lembu, Italdesign Automobili Speciali. Supercar ini akan dibangunkan dari casis modular dan menggunakan badan gentian karbon. Jantungnya model ini berkapasiti 5.2-liter V10 beraspirasi semulajadi yang dikatakan enjin yang sama digunakan pada Lamborghini Huracan dan Audi R8.

Italdesign begitu berahsia buat masa ini dan hanya memberitahu, supercar tersebut mampu memecut dari 0 hingga 100 km/h (62 mph) dalam masa hanya 3.2 saat dengan kelajuan tertingginya mencecah 330 km/h (205 mph). Ia secara tidak langsung hampir menyamai kuasa pada model Huracan LP 610-4. Kita nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

italdesign-2017-geneva-motor-show-1 italdesign-2017-geneva-motor-show-2 italdesign-2017-geneva-motor-show-3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply