ARKIB

KATEGORI

Buletin

J.D. Power – Golongan muda di bawah 30 tahun lebih banyak laporkan masalah pada kenderaan baharu mereka

Views

Percaya atau tidak, pemilik kenderaan baharu berusia di bawah 30 tahun lebih banyak melaporkan masalah dengan kenderaan baharu mereka berbanding dengan mereka yang berusia 30 dan ke atas, menurut laporan KajianSM Kualiti Permulaan Malaysia J.D. Power 2017 (IQS). Walaupun hanya 37 peratus pemilik muda mengalami masalah dengan kenderaan baru mereka, berbanding dengan purata kajian sebanyak 43 peratus, jumlah masalah yang dilaporkan sebenarnya lebih tinggi. nitial Quality StudySM

Pemilik yang berusia di bawah 30 tahun melaporkan purata 83 masalah per 100 kenderaan (PP100), berbanding dengan 77 PP100 dilaporkan oleh pemilik yang lebih tua. Kajian mendapati 24 peratus pemilik muda mengalami masalah dengan kenderaan baru mereka tidak akan kembali lagi membeli kenderaan daripada jenama yang sama pada masa akan datang, 10 peratus mata lebih tinggi berbanding dengan purata kajian.

Tujuh daripada lapan kategori masalah diukur dalam kajian menunjukkan angka masalah dilaporkan telah meningkat, dengan insiden tertinggi dilaporkan dalam pengalaman pemanduan, luaran kenderaan dan kategori enjin/transmisi. Berbanding dengan tahun lepas, angka keseluruhan laporan masalah meningkat ke 79 PP100 dari 69 PP100 pada 2016. Masalah berkaitan dengan kualiti pengeluaran meningkat kepada 7 PP100 dan isu berkaitan rekaan meningkat kepada 2 PP100.

Berikut adalah penemuan tambahan kajian 2017:

  • Jenama Malaysia mempunyai lebih banyak masalah: Pembeli jenama nasional Malaysia menunjukkan kiraan masalah yang lebih tinggi secara purata, berbanding pembeli jenama bukan nasional (95 PP100 berbanding 59 PP100).
  • Kualiti yang meningkat untuk segmen SUV: Segmen SUV yang berkembang pesat pada masa ini hanya diwakili oleh pengeluar bukan nasional, merekodkan kiraan masalah terendah yang dilaporkan dalam kajian itu, pada 48 PP100.
  • Masalah yang paling umum dilaporkan: Bunyi angin berlebihan adalah masalah yang sering dibangkitkan, pada 4.3 PP100.
  • Kualiti membina advokasi: Antara pemilik kenderaan baru yang mengalami masalah yang lebih sedikit daripada yang dijangkakan, 46 peratus mengatakan mereka “pasti akan” mengesyorkan model mereka kepada rakan atau saudara-mara, sedangkan hanya 13 peratus daripada mereka yang mengalami lebih banyak masalah melakukan perkara yang sama.

Kedudukan Kajian

  • Toyota Vios berada di kedudukan teratas dalam segmen permulaan saiz pertengahan (62 PP100).
  • Perodua Myvi berada di kedudukan teratas segmen kompak (84 PP100).
  • Honda BR-V berada di kedudukan teratas segmen SUV (27 PP100).
  • Isuzu D-Max berada di kedudukan teratas segmen pikap (52 PP100).

KajianSM Kualiti Permulaan J.D. Power 2017 Malaysia (IQS) adalah berdasarkan maklum balas dripada 2,843 pemilik kenderaan baharu yang membeli kenderaan mereka antara Ogos 2016 dan Jun 2017. Ia merangkumi 47 model kereta penumpang, pikap dan kenderaan utiliti dari 12 jenama. Kajian telah dilakukan antara bulan Februari dan Ogos 2017.

Kini dalam tahun yang ke-15, kajian tersebut mengukur masalah yang dialami oleh pemilik kenderaan semasa pemilikan pertama antara 2-6 bulan. Kualiti permulaan ditentukan oleh bilangan masalah yang dialami setiap 100 kenderaan (PP100), dengan skor yang lebih rendah mencerminkan kualiti yang lebih tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply