ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jabatan Bomba Tucson uji trak bomba elektrik keluaran Rosenbauer

Berita Global

Views
Tucson Fire gets inside looks at world's first electric fire truck

Baru-baru ini Jabatan Bomba Tucson di Arizona telah berpeluang untuk menguji trak bomba elektrik jarak-panjang yang dihasilkan oleh Rosenbauer. Jentera bomba dengan reka bentuk futuristik ini dijana oleh enjin diesel enam-silinder yang berfungsi sebagai penjana (generator) untuk pek bateri yang ditawarkan dengan pilihan konfigurasi 50 kWh dan 100 kWh.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Kuasa disalurkan menerusi dua motor elektrik Volvo, satu unit disetiap gandar dan transmisi dua-kelajuan pada setiap motor. Ini membolehkan trak tersebut menjana 490 kuasa kuda dan sehingga 50,000 Nm daya kilas, manakala enjin dieselnya pula mampu menghasilkan 272 kuasa kuda.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Ia turut menawarkan pengecasan pantas sehingga 150 kW, jadi untuk versi 100 kWh ia boleh dicas sehingga 50 peratus ke 80 peratus hanya dalam tempoh sejam. Meskipun secara teknikalnya, trak ini bukanlah kenderaan elektrik sepenuhnya (EV), namun ia boleh dipandu dalam mod EV dan baterinya juga boleh digunakan sebagai punca kuasa bagi pelbagai operasi.

Pada ketika ini trak tersebut telah pun berkhidmat di Dubai, Amsterdam, dan Berlin. Menerusi video yang disiarkan itu, wakil dari Rosenbauer berkata, trak bomba tipikal pada kebiasaannya berharga kira-kira $700,000 (RM2.91 juta) seunit, manakala harga trak ini akan bermula di bawah $1 juta (RM4.16 juta).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply