ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jadi punca kanak-kanak tercampak tengah lebuh raya – Dua lelaki didakwa di mahkamah

Berita Tempatan

Views

Masih ingat lagi tak kejadian seorang kanak-kanak tercampak di tengah lebuh raya baru-baru ini? Bernama melaporkan, dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Rembau, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya.

Tertuduh, Nabil Hariz Jefridin, 23, dan B. Thayalan, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Tan Chai Wei. Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa memandu kereta masing-masing secara berbahaya kepada orang awam di laluan Ayer Keroh ke Senawang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 3.21 petang, 10 Februari lalu.

JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000, jika sabit kesalahan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh.

Walaubagaimanapun peguam Muhammad Farhan Ahmad Fadzil yang mewakili Nabil Hariz, memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan seorang pelajar universiti dan tidak mempunyai pendapatan.

JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a

Thayalan pula tidak diwakili peguam dan turut memohon jaminan lebih rendah. Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh membayar jaminan itu. Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan, dalam kejadian di Lebuhraya PLUS berhampiran Senawang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Bernama

JOM BACA >> INTIP : Proton X70 2020 (CKD) mula tiba di bilik pameran – Ini apa yang perlu anda tahu
JOM BACA >> Beberapa model Proton alami kekurangan bekalan komponen akibat Coronavirus – Pengeluaran terpaksa dikurangkan
JOM BACA >> KIA Seltos mula dipertontonkan kepada pengedar
JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?
JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply