ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bantu lancarkan aliran trafik lebuh raya PLUS sempena Tahun Baharu Cina

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh PLUS Malaysia Berhad (PLUS), pihaknya menjangkakan peningkatan trafik daripada 1.7 juta kenderaan pada hari-hari biasa kepada 2 juta kenderaan setiap hari pada musim perayaan Tahun Baharu Cina. Sehubungan dengan itu PLUS mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu pengguna merancang perjalanan mereka.

Dalam masa yang sama, PLUS juga akan menghentikan sementara kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan di lebuh raya di antara 22 Januari hingga 2 Februari 2020 serta menyediakan kren dan trak tunda di lokasi strategik di lebuh raya.

PLUS juga akan mempertingkatkan kolaborasi bersama pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia, pasukan bomba dan penyelamat, ambulans, Jabatan Pertahanan Awam dan pasukan RELA di samping meningkatkan jumlah kakitangan PLUS untuk bersiap sedia memberikan bantuan kecemasan sepanjang musim perayaan tersebut.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Lebih banyak tandas awam tambahan dan tangki air bergerak akan disediakan di beberapa lokasi di lebuh raya, termasuk menyediakan 70 kiosk tambah nilai layan diri (mesin SSK) bagi menampung jumlah trafik yang meningkat.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata matlamat utama PLUS adalah menjaga pelanggan dengan baik sepanjang perjalanan serta mengutamakan keselamatan dan keselesaan mereka. Tambah beliau, dengan menyediakan persiapan dari pelbagai aspek semasa musim perayaan ini, Jadual Cadangan Waktu Perjalanan dikeluarkan bagi membantu pelanggan untuk merancang perjalanan mereka.

Berdasarkan TTA Tahun Baharu Cina 2020 yang dikeluarkan, pelanggan lebuh raya dari Lembah Klang yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya lebih awal sebelum jam 9 pagi. Manakala, pelanggan yang menuju ke lain-lain destinasi seperti Ipoh, Negeri Sembilan dan Melaka disarankan supaya memasuki lebuh raya selepas jam 12 tengah hari.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Bagi perjalanan pulang semula ke Kuala Lumpur, PLUS menasihatkan semua pelanggan lebuh raya memasuki lebuh raya lebih awal sebelum jam 9 pagi bagi memastikan aliran trafik secara berperingkat bergerak daripada semua lokasi ke Lembah Klang. Berdasarkan trend perjalanan pelanggan lebuhraya pada musim perayaan yang lalu serta analisa PLUS, pelanggan yang mengikuti TTA menikmati perjalanan yang lebih lancar.

Analisa PLUS itu juga menunjukkan bahawa tempoh perjalanan bagi pelanggan lebuhraya yang memulakan perjalanan mereka lebih lewat dari yang disyorkan oleh TTA akan menghadapi pertambahan tempoh perjalanan di antara 30 peratus hingga 80 peratus. Ini bermaksud, pelanggan yang tidak mematuhi TTA berkemungkinan akan mengambil masa yang lebih lama untuk perjalanan mereka.

Pelanggan lebuh raya PLUS juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya menerusi Aplikasi PLUS (boleh dimuat turun menerusi Apple App Store atau Google Play Store), Twitter PLUSTrafik, papan tanda elektronik lebuh raya atau menghubungi talian PLUSLine di 1800 88 0000. Mereka juga disarankan untuk menggunakan aplikasi perjalanan Waze atau Google Map untuk mengelakkan kesesakan sebelum memulakan perjalanan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply