Jaecoo Malaysia semalam secara rasminya melancarkan dan mengumumkan harga jualan model SUV premiumnya Jaecoo J7.
Model SUV pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan dengan dua pilihan varian dengan harga jualan seperti berikut (atas jalan tanpa insuran):
- Jaecoo J7 2WD: RM138,800
- Jaecoo J7 AWD: RM148,800
Kesemua varian Jaecoo J7 hadir dengan jaminan selama 7-tahun atau 150,000km, termasuk bantuan kerosakan. Pembeli-pembeli terawal pula mendapat jaminan enjin selama 10-tahun atau satu juta kilometer.
Empat pilihan warna menarik ditawarkan, antaranya Moonlight Silver, Carbon Crystal Black, Khaki White, dan Model Green.
Berikut adalah spesifikasi ringkas mengenai Jaecoo J7:
- Dari segi dimensi, Jaecoo J7 berukuran 4,500mm panjang, 1,865mm lebar, dan 1,690mm tinggi, dengan jarak tapak roda 2,672mm.
- Ia berada dalam segmen saiz yang sama dengan Honda CR-V dan lebih besar daripada Range Rover Evoque. Walaubagaimanapun, ia kecil sedikit berbanding Range Rover Sport generasi ketiga dan Mazda CX-5.
- Jarak lega tanahnya pula adalah 200mm dan mampu mengharungi air dengan kedalaman 600mm.
- Ia juga mampu menunda sehingga 1,300 kg manakala rak para bumbungnya mampu menampung bebanan sehingga 75 kg.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
- Kedua-dua varian Jaecoo J7 dijana enjin petrol empat silinder 1.6-liter TGDI dengan output maksimum 194 kuasa kuda dan 290Nm daya kilas.
- Enjin ini dipadankan dengan transmisi dwi-cekam (DCT) tujuh-kelajuan.
- Jaecoo J7 mampu memecut dari 0-100km/j hanya kurang 10 saat dan mencapai kelajuan maksimum pada 180km/j.
- Varian AWD Jaecoo J7 dilengkapi dengan ‘All Road Drive Intelligent System‘ yang mempunyai tujuh mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Snow, Mud, Sand, dan Off-Road.
Antara ciri menarik rekaan luaran Jaecoo J7 termasuklah lampu hadapan LED automatik, lampu siang (DRL) dan lampu belakang LED, lampu selamat datang, spoiler bumbung, rel para bumbung dan rim aloi Aurora Design bersaiz 19-inci.
Ruang kabinnya pula dilengkapi dengan paparan instrumen digital LCD 10.25-inci bersama paparan head-up, unit inforia paparan menegak berukuran 14.8-inci dengan sistem navigasi terbina dalam yang menyokong Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar, sistem audio Sony dengan lapan pembesar suara, pengecas nirwayar 50W serta port USB Type-C dan USB biasa.
Selain itu, ia mendapat kemasan upholsteri kulit sintetik, tempat duduk hadapan dengan fungsi larasan elektrik, mod Chauffeur untuk tempat duduk penumpang hadapan, tempat duduk pemandu dengan pelarasan lumbar, sistem pendingin hawa dwizon, lampu suasana 64-warna, bumbung suria panaromik, pintu belakang kuasa dan sistem kunci pintar.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dari segi keselamatan, Jaecoo J7 dilengkapi dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi:
- Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
- Amaran Lintasan Belakang (RCTA)
- Brek Trafik Lintasan Belakang (RCTB)
- Pengesanan Titik Buta (BSD)
- Bantuan Tukar Lorong (LCA)
- Amaran Buka Pintu (DOW)
- Brek Kecemasan Automatik (AEB)
- Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
- Amaran Keluar Lorong (LDW)
- Pencegahan Keluar Lorong (LDP)
- Penjagaan Lorong Kecemasan (ELK)
- Sistem Pengelakan Pintar (IES)
- Bantuan Kelajuan Lengkung (CSA)
- Makluman Pergerakan Di Hadapan (DAI)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Kawalan Lampu Pintar (IHC)
- Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA)
- Imej Panoramik 540 (AVM)
- Bantuan Parkir
- Brek Berbilang Perlanggaran (MCB)
- Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)
Selain daripada 21 fungsi ADAS, SUV premium ini juga dilengkapi dengan Sistem Brek Antikunci (ABS), Program Kestabilan Elektronik (ESP), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Kawalan Cengkaman (TCS), Bantuan Bukit (HA), Brek Parkir Elektronik (EPB) + Autotahan, Agihan Daya Brek Elektronik (EBD), Sistem Bantuan Brek (BAS) + Sistem Brek Override (BOS), Kawalan Menurun Bukit (HDC), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), Kawalan Mula Mendaki (HAC), Peringatan Had Kelajuan, Tetapan Had Kelajuan Elektronik dan Bantuan Mula Mendaki (HHC).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit JAECOO Malaysia
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI