ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jajaran ECRL bakal berubah, Bentong dan Gombak digugurkan – Labu bakal ada sebuah stesen

Berita Tempatan

Views

Menurut laporan Nanyang Siang Pau, perubahan jajaran Projek Rel Pantai Timur (ECRL) akan menyaksikan Negeri Sembilan bakal menjadi hab pengangkutan penting di wilayah tengah. Akhbar harian berbahasa Cina itu turut melaporkan, sebuah stesen bakal di bina di Labu.

Kawasan tersebut dipilih kerana kebanyakan tanah di sana dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan, iaitu Sime Darby Bhd. Ini bakal mengurangkan kos kerajaan untuk pengambilalihan tanah. Kedudukan Labu yang berhampiran dengan KLIA di Sepang dan landasan kereta api yang bersambung dengan Pelabuhan Klang mampu menjadikannya sebagai hab utama.



JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?

Sepatutnya projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang ditangguhkan buat masa ini mempunyai sebuah stesen di Labu. Dengan penjajaran semula ECRL, landasan kereta api tersebut akan melalui Negeri Sembilan menerusi Muadzam Shah di Pahang, manakala stesen di Bentong dan Gombak akan dibatalkan.

JOM BACA >> Daihatsu sedang persiapkan DN-Trec versi produksi – Adakah ia bakal calon pengganti Perodua Kembara?

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, rundingan mengenai projek ini akan diselesaikan sebelum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berlepas ke sidang kemuncak “Belt and Road China” yang akan berlangsung pada 24 dan 28 April ini. Isu mengenai ECRL ini juga menjadi topik hangat di pentas ceramah pilihan raya kecil DUN Rantau.

Projek dengan jajaran 688km dari Pelabuhan Klang ke Gombak ke Kuantan dan Pengkalan Kubor ditangguhkan sementara selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum tahun lalu. Dalam temubual dengan The Star, pengerusi Majlis Penasihat, Tun Daim Zainuddin berkata projek ini hampir pasti dimuktamadkan dengan beberapa perubahan kecil.

JOM BACA >> Bilakah Proton Iriz dan Persona facelift akan dilancarkan?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply