ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Batu Pahat-Kluang pegang rekod kemalangan maut tertinggi di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, jalan sempit, keadaan jalan yang perlu penambahbaikan, sikap pemandu dan kurang pencahayaan lampu jalan antara faktor penyebab mengapa jalan Batu Pahat-Kluang diklasifikasikan sebagai jalan maut di negara ini.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, maklum balas ini telah diterima oleh pengguna jalan berkenaan selepas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan jalan itu merekodkan kemalangan maut tertinggi bagi tempoh 2015 hingga 2017.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?

Beliau berkata, Polis Johor akan menumpukan aspek penguatkuasaan undang-undang terutama hukuman dan meletakkan lebih ramai anggota bagi memantau laluan berkenaan menjelang Aidilfitri ini. Pada tahun lalu, jalan yang merentasi Ayer Hitam itu merekodkan 53 kematian akibat kemalangan maut, namun pada tahun ini ia meningkat kepada 54 kematian hingga setakat ini.

Ops Selamat 15 telah alihkan dari Johor Bahru ke Batu Pahat dengan penambahan lebih ramai anggota membuat pemantauan dan penguatkuasaan berikutan laluan di daerah berkenaan dikenal pasti sebagai ‘Top 5’ kemalangan maut di negara ini setiap tahun.

Sebenarnya ia bukan masalah jalan kampung atau jalan bandar, tetapi sikap pemandu juga menyumbang ke arah itu. Sebagai contoh, jika jalan sempit dan gelap, mereka perlu memandu perlahan supaya pemanduan lebih selamat.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Semalam, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Siti Zaharah Ishak, berkata daerah Batu Pahat merekodkan jumlah kematian akibat kemalangan maut tertinggi sebanyak 554 kes dalam tempoh tiga tahun ini.

Jalan Batu ke Kluang yang merentasi Ayer Hitam dikenal pasti laluan ‘hotspot’ berikutan banyak merekodkan kemalangan maut. Sementara itu, polis Johor memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Persekutuan dan negeri sekiranya ada cadangan untuk membina laluan khas motosikal di negeri ini.

Ia kerana negeri ini merekodkan jumlah penunggang motosikal antara tertinggi termasuk penunggang yang berulang-alik bekerja dari Johor Bahru-Singapura setiap hari. Seramai 552 pegawai dan anggota polis Johor dikerahkan bertugas pada Ops Selamat 15 kali bermula 29 Mei hingga 12 Jun dan akan dibantu 116 (Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor) dan 220 (JPJ Johor).

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Buletin TV3

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply