ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jalan Klang – Banting terpaksa ditutup akibat mendap

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Jalan Klang – Banting berdekatan lampu isyarat Johan Setia di Klang mendap di kedua-dua lorong dipercayai akibat kerja-kerja pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di kawasan itu. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata dalam kejadian jam 3 petang, pekerja projek itu sedang melakukan kerja menanam cerucuk di kawasan tanah yang tidak rata.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Katanya, secara tiba-tiba berlaku mendapan tanah di kawasan itu sehingga menjejaskan laluan utama dari arah Klang ke Banting. Tambah beliau, Pasukan Tindakan Kecemasan LRT3 sudah diaktifkan dan penutupan jalan dilaksanakan untuk mengelakkan orang ramai melalui kawasan yang terjejas.

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

Shamsul Amar menambah, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MRCBGK (MRCB George Kent Sdn Bhd) juga berada di lokasi dan sedang menyiasat punca kejadian. Berikutan mendapan jalan semakin membesar dan menjejaskan laluan dari kedua-dua arah, laluan berkenaan kini dilencongkan.

Katanya, trafik dari Jalan Klang-Banting dilencongkan masuk ke Bayu Mas melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan kebun. Ujar beliau lagi, anggota Respon Team Trafik kini berada di lokasi untuk mengawal keadaan lalu lintas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Facebook

JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!
JOM BACA >> INTIP : MG HS dikesan di Malaysia, sedang jalani proses VTA

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply